Bersih 2.0 amat berjaya sekali membersihkan bandaraya kuala lumpur hari ini. Di katakan udara yang bersih sangat meningkat dan amat mendadak bagus untuk kesihatan pabila kenderaan kurang berada di jalanan sekitar kuala lumpur. Tahniah untuk BERSIH.
Kepada polis negara Malaysia : Taniah juga untuk anda kerana berjaya melakukan sekatan jalan raya yang secara maksimum yang lebih menyerlah untuk kes-kes keselamatan negara dari menyiasat kes-kes ringan seperti kecurian kereta dan motosikal. Penduduk negeri selangor amat berbangga dengan anda kerana sempadan yang digunakan amat maksimum sekali sehingga tidak masuk akal.
Kepada peniaga di sekitar kuala Lumpur : Kasihan kepada anda, tapi adat berniaga. Ada untung ada rugi. Kiranya untung. Satu rakyat jelata mahu berniaga. Tapi apakan daya. Bukan salah siapa. Semuanya dugaan dari tuhan. Kita hanya merancang. Dia yang menentukan. Mendengar berita katanya peniaga pasar malam kerugian 1juta/0.5 juta. Kerugian itu bermaksud = tidak dapat keuntungan. Semua faham. Bagus. Ala darurat. Kedai terpaksa di tutup gara gara bimbang menjadi sasaran menyorok penyokong.
Kepada penyokong bersih : tahniah kepada anda. di sini anda telah membuka mata dunia lagi sekali. bahwa kerajaan negara kita memang tidak layak di panggil demokrasi. dan kemungkinan ramai pelabur asing akan menarik diri kerana keadaan negara yang tak begitu stabil dari segi idealogi rakyat dan juga kerajaan.
Kepada pengusaha TOL : anda sangat bagus bekerja sama dengan pihak polis sehingga membuka satu lorong sahaja.
Comment lain : Kebanyakan laluan di sekat ke pusat bandar <- mengapa lalulan ke damansara puchong di sekat? apakah tol sunway ke damansara adalah laluan ke kuala lumpur? adakah tol sunway adalah kawasan sempadan kuala lumpur dan selangor? apakah tol sunway itu adalah negeri jajahan bukan pembangkang yang sibuk hangat di perkatakan "pergi la buat demontrasi aman jalanan di negeri pembangkang?" apakah mereka ini mengawal keselamatan pengguna jalan raya? apakah? apakah? apakah bersih juga patut di persalahkan juga? walhal berapa kerat sahaja yang timbul.
oh tidaaaaaaaaaaaak! bukan penyokong. tapi idealogi manusia memangnya lemah dan masing masing mahu menunjukkan kekuatan masing masing. walhal. habuk pun tarak. sudah. makin panjang makin mencarut.
sakadar pandangan. ini bukan hasutan. ini bukan kutukan dan juga perhimpunan. tak tak. cuma suara hati rakyat. hanya ada satu suara. terima kasih.
1 comment:
Tahniah kerana memilih perkataan 'Bersih'
Namun adakah golongan ini benar2 bersih?
Atau yang sebenarnya golongan ini perlu dibersihkan?
Cuba lah buat tuntutan perihal ikonomi orang Melayu yang semakin terhimpit ini, sampaikan projek yang mudah2 pun bukan melayu yang dapat!
Cubalah perjuangkan benda yang macam ini.. baru bersih!
Post a Comment