Wednesday, April 27, 2011

Aku betul gila dengan kamu

Bual Blog : xaturen

Saya suka entry anda, wah. Menarik tertarik kau memang debom. Ani& Faridah, Beda nama, beda cantik, berbeda beda. Di mana ada wanita di situ kau berbahasa eh, tidak mengapa, laki-laki selalunya begitu. Tak semua laki tapi selalu.

"Apakah Ani boleh mengantikan Fidah?"
Jangan di tanya begitu, walaupun dalam benak hati. Tidak-tidak. Anggaplah ianya lumrah alam. yang sudah itu sudah. yang akan itu akan. Setankan soal fidah, fokus pada satu. Ani. biar pun ani tidak tabah, tidak berapa cantik. tapi itu semua soal hati, soal perasaan. Tiada siapa pun mengerti bila persoalan ini terjadi. walaupun si ani bertanya pada kau. bolehkah kau berkata sedemikian? tidak, tidak dan tidak. dan kau akan tergamam bila persoalan itu muncul.

Sudahlah si 'aku'. Cinta & sayang itu adalah seperti satu benda yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang-orang di sekeliling kita yang tahu betapa cinta kau padanya.

Keep up a good work! i'll follow you.

Mata juling!

Bual Blog : fzhjmldn

Hello fae, entah macam ape ape tah menjuling juling ni. tak elok buat mata juling. kalau semula jadi insyallah ada ubatnya.

yah. serangan malware tu teruk benar kejadiannya. Serangan bertubi-tubi. bukan satu dua tiga, malah empat lima enam blog juga di serang.

selamat jalan, berhati hati ketika melintas. seredup-redup si petang, Si matahari pun tidak tahu di mana bahagian yang redup itu.

Undangan ke majlis perkahwinan. Apakah pilihan anda? - Part II

Bual Blog : sayacintabulan

Terima kasih atas perhatian cik azeya, bukan apa ianya sekadar pandangan semasa. Lain otak-otak, lain peniaganya apetah isi kandungan, kilang, pembakar.. memang tak dapat di gambarkan melalui kata-kata.

Kembali ke topic asal, kebiasaan hari penetapan tarikh majlis persandingan tu kan selalunya 3 bulan sebelum. memang tidak dapat dinafikan kiranya tak sempat. gile kalau sabah. pakai pos laju memang la sehari. tapi pos laju tu ada juga label-label kelajuannya. (walaupun aku belum pernah berpengalaman menjadi posmen malaysia tapi ideanya boleh di gunapakai secara tidak rasmi)

Cenni, walauapapun, gunalah kad jemputan secara hard copy, ingatlah orang yang tersayang.

Tips tingkatkan follower

Bual Blog : faezahazwinharon

Terima kasih di atas info info berkenaan dan saya sedang mengamalkannya. Jadi secara tidak langsung saya di sini mengepost comment di entry ini.

saya senaraikan semula. Tips tips itu
1.Blogwalking
2.Followblog
3.Post Entry best-best
4.Comment di entry
5.Buang benda yang tak patut
6. Special Follower
7. Join geng blogger di facebook

Easy task. Mungkin akan di terapkan nanti. Actually dalam pemerhatian. Terima kasih.

Tak faham bahasa MELAYU atau bebal ??

Bual Blog : myheppyblog

Bubu Habiba, jangan dok bengang sangat si bebal bebal sedemikian. Mereka ada tujuan dan kadang-kadang mereka sendiri tak perasan yang mereka tertekan dan post dekat you.

Pengetahuan saya, poker ni adalah permainan judian maya, di mana si fesbuk berpoker secara beramai-ramai secara online. Mereka juga gemar menghabiskan waktu lapang mereka, waktu kerja dan juga waktu solat semata-mata mencari kelalaian dengan bermainnya game ini.

Ramai juga yang telah dan sanggup mengeluarkan duit semata permainan maya ini. Duit yang di maksudkan adalah duit betul yang kita guna seharian di mana mereka membeli point di permainan maya tersebut. Ianya amat merugikan. Jadi bagi seseorang yang tidak mampu dan hanya mengadd atau menghantar request semata-mata untuk mengumpul point.

Ya.. itu motif sebenar mereka. Jadi di sini, sekiranya letih melayan request mereka. you ke wall post itu dan block secara terus games apps itu. kiranya ada lagi. remove saja friend berkenaan.

Justin Bieber - Live in Kuala Lumpur, Malaysia

Bual Blog : alyahsyabil

Justin bibir in Malaysia? Yeah. Jumaat hari tu. Ramai and penuh. actually tak pergi pun. tapi yang nak pergi sekarang Maroon 5. Peminat setia maroon 5 dari zaman sekolah menengah.

Marilah beramai-ramai ke bukit jalil nanti. tiket? of course la harga lebih kurang jestin juga. RMXXX. Pergh. Mahal tapi berbaloi baloi!

Hidup Ini Yang Blur...

Bual Blog : hiedayahrazali

Hidup ini penuh pancaroba, di mana bumi dipijak-pijak di situ langit dijungjung. Ada pepatah mengatakan, " kita perlu bijak dan pandai memilih kawan "walau sejahat mana kawan, seburuk mana kawan, kita masih menganggap dia kawan.

Mengapa?

Itulah lumrah alam, mungkin kawan itu ada kepentingan. mungkin ada baiknya. ada hikmahnya di sebalik kejadian alam dan tuhan ini.

dugaan, cabaran marilah kita tempuhi bersama-sama dalam membentuk dunia yang penuh warna warni.

eceh, sekian.

Bual Man, Woman & Nyah

Bual Man, Woman & Nyah adalah listing di dalam Berbualblog. Di mana para perbual, di bual, terbual dan mendengar bualan.

Bagaimana?
Mudah dah simple <- erti yang sama, isikan ruang kosong di bawah dan hantar. Admin akan update kemudian.

Di mana?
Ruang kosong itu bawah ini lah. Tunggu sehingga habis posting ini. Rujuk Kesebelah boarder sebelah kanan. di situ admin akan letakkan link anda.

Berapa?
Sebanyak mana yang mungkin dan logiklah, tidak sebanyak gandum di ladang. Sikit-sikit sudah la. Lama-lama berbukit.


Jom Join Bloglist Ct Mazlina Arman

Bual Blog : deaohlala

Bloglist c-tea eh! Menarik! bloggerwati? bloggerwan? Kalau di tengah tengah mahu di panggil bloggernyah? Ha Ha Ha.

Saya pun nak buat listing lah. Bual Man , Bual Woman & Bual Nyah.

Berminat tak? Nanti saya kasi update!

Thank u EMMA

Bual Blog : mizzdija

Cantik, Ayu. Kalau saya bagaimana? Ayu? Cantik? Kacak? Hensem?

Menjadi tanda tanya bukan?

Tidak kisahla perspeksi anda menilai saya bagaimana. Apa yang penting 'kerjasama'.

Tahniah kerna mendapat follower yang ke-200 ;) Semoga Mendapat follower yang ke 2000 pula dan seterusnya. Selamat berbloging.

p/s : Blog saya ni pelik. Hahaha. Bukan stalker. Ingat tu.

Percarian Follower ke-100

Bual Blog : wawaezrill

Ah. Tidak. Jangan. Vavi. Fhunnn. Apendikss!!

Macam macam perbualan carut nak terkeluar bila baca entry anda tentang "Percarian Follower ke-100". Mana taknya, Mahu unfollow tak reti.

Jadi di sini saya mahu memberi cadangan dan pandangan. Bagi Follower ke seratus tu? sekadar Xdealh enrty jea? hehehe. Bagi lah Celcom broadband yang di bayar bulan-bulan tu. Jadi di sini kita tidak menguntunkan sebelah pihak. Follower ke seratus dan Celcom untung.

Kiranya setuju, kerja gila namanya. Hahaha. Hahaha.

Menjawab Isu Lisa Surihani Dan Maya Karin Beraksi Ranjang

Bual Blog : illustrasiaku

Lisa suriani dan Maya karin, Peminat setia ni, berbual watak beliau di ranjang? wah. topik yang menarik. Memang tidak di nafikan kita di Malaysia memang sukar untuk terima kenyataan itu.

Masa dulu si Ariel Peterpan juga berkelakuan ranjang dengan artist hot indonesia dan modelist tersebar di panggung tiub anda (youtube)dan banyak masalah so sial berlaku.

Adegan ranjang bersama suami orang pula? Topik ini pasti hangat. Dan secara tidak langsung akan menjadi box office. Mungkin ini satu strategi penerbit di mana mencari artist artist popular dan menjangka jutaan peminat mahu menontonnya.

Majulah Media tempatan. Saya dengan sokongan penuh!

Sekuis me, see the leg please


Pagi Kembali, idea makan pagi bersama campuran kicap dan cili padi itu amat mengiurkan. Tapi almaklumlah tadi barusan saja aku perkena nasi lemak lauk paru jadi kurang terliur sikit.

Idealogi untuk menjadi kurang slim dan amoi bertanya tentang itu memang menarik. Kasihan amoi itu terkebil-kebil berikhtiar mencari jawapan untuk menenangkan pikiran anda tu. Sekiranya pandangan setakat di photo berjudul "Miss Me baby" itu, ianya 50-50, tidak kurang slim dan lebihan slim. Mengikut "Facebook Badge" oh. lain pula padangannya. 'Kurang besar, kata lain, Kurang tinggi atau dengan lebih sopan di panggil kurang tumbesaran'.

Jadi di sini kita selalu perhatikan, iklan weight gain sudah lama tidak ditampakkan di kaca telebisi, kerna product mereka kurang bekesan pada-pada hormon manusia yang bergenetik tertentu. Berat badan, ketinggian dan kecantikan wajah bukanlah masalah utama. Yang penting. sihat. sejahtera dan happy selalu.

Undangan ke majlis perkahwinan. Apakah pilihan anda?


amboi. Perjalanan nak menekan butang komen dengan ads nuffnang tu seposen lagi jea nak kena. Ada tips tak? minta tunjuk ajar.

Okay - okay. back to business.

Ada yang mengatakan,

"Bukan i tak sudi nak jemput u all. I dan invite you all dah. u all naik giler ke nak mintak address rumah you all yang kat dalam facebook,blog,twitter,myspace ni? you all lupe ke waktu you all kenal i waktu tadika sampai sekolah rendah jea. Kejadahnye i nak tulis satu satu satu alamat. Tu baru you sorang. itu gunenye internet. you all add and follow i pun tak perlu guna setem. Free of charge jea. Bukan nak berkira. Kalau selalu jumpa. Insyaallah by hand punya. :) Tak main fotostat ni."

Kesimpulan : Cepat, Mesra dan Tepat.

Keuntungan : Kurang modal & kurang tenaga.

Kerugian : Posmen tidak diberi peruntukan kerja lebih waktu & terlebih tetamu jemputan yang hadir.

Jadi ibu bapa di usia muda bukan sesuatu yang senang ok

Bual Blog : Cinta Sang Gadis

haha, kelakar anda ni. walaubagaimana pun. cubaan mencari botol susu dan entry ini menarik. oh oh. saya suka.

Kita serius.

Berkahwin pada awal usia itu kebaikannya di tonjolkan di sini ada dua, manakala permasalahnya ada empat. Mari kita tambah dua lagi kebaikannya.

3. Jimat - Dari segi masa dan faktor kewangan. Contoh dari yang di dengar-dengar bukan pengalaman peribadi (ini serius).

Katakan si bakal suami menghantar dan mengambil si bakal isteri tiap-tiap hari pada waktu bekerja. Bukan kedekut masa. Laki-laki mengejar masa ke rumah wanita. Kiranya bermotosikal memang jimat sangatlah waktunya. Tapi di tambah tolak ianya memakan lebih satu kali ganda dari waktu si laki tersebut ke tempat kerja.

Soalannya : si Abu dari Subang ke pejabatnya di Kuala Lumpur memakan masa setengah jam. Sekiranya Abu mengambil teman wanitanya si Ayu di puchong dan menghantar Ayu ke pejabatnya di Petaling Jaya, berapa lamakah waktu yang Abu perlukan untuk ke pejabat sebelum punch cardnya bewarna merah?

Jawapan : 8.30 am.

Dari segi kewangan sama seperti di atas.

4. Mengelakkan kecelakaan di jalan raya. Waktu dan jangka masa bertambah. Jadi risiko di Jalan raya turut serta. Ianya bukan beban. Ianya mengelakkan ketidaksempatan berkahwin.

Itu saja untuk hari ini. renung-renungkan.

Bual Ads

Bual Man

Bual Woman

x

PopUp Title

Code of the gadget you need

Get This