Showing posts with label foster. Show all posts
Showing posts with label foster. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Tetiba nak back test.

Bual Blog :

Dah tau dah kenapa? tak tau tidur lah. besok ada lagi.. ni nak habak mai. entry ni takde kena mengena apa pun. cuma pelik la feeds ni. la ni dok ikhtiar idealogi nak buat camna. marah pun tak guna. aih. majuk jea boleh. macam macam hal. selamat malam dunia.

Sunday, May 1, 2011

wwwow.my DIGI tak friendly. Nak vote pun payah!

Bual Blog : Foster

Bukan ape. tak marah. tak bengang pun. sikit pun tak. ni. ape ke hal kalau kita nak suruh orang vote. orang tak faham. ni nak vote kat mana ni? apa ni? aih. bagi penerangan kat depa pun dah buang masa. ni terpaksalah kena bagi penerangan mudah sikit. baca la kalau rajin.

Pertama, wwwow.my ni hasil idealogi dimana antara satu syarikat komunikasi memberi award kepada rata-rata pada penduduk malaysia untuk menyertai kempen ini.

antaranya, Best Internet for all idea/campaign. Best internet for good award. Blogger of the year. Fave Malaysian Online Celebrity. Fave Malaysian Male Online Celebrity, Fave Person over 40. Fave Persin under 15. Fave Tech Head. Must-Follow personality. Onine Shop of the year. Online story of the year. Picyure of the year. Top Kay Poh. Top lol. Top Makan-makan expert. Video of the year.

humangaih. banyak tu. pilih la mana satu anda suka. tapi masalahnya menantang haram ni tak friendly. button vote now di atas itu menggangu pemvoter. bila depa tekan situ. hilanglah link. sepatutnya depa kena cari button "Please Login / Register with Facebook to vote." di dalam kotak kuning. Jadi di sini. aku pun malas nak fikir panjang. aku masuk satu lagi award. Besti internet for all idea/campaign. hahaha. blog aku ni pun boleh join benda haram ni. tapi. tak perlukan vote? kejadahnye nak menang? anyway. mencuba tak salah. bukan kena bayar pun.

sekian. semoga korang and you all vote untuk blog ini. thanks.

Best internet campaign and idea

Blogger of the year. nuffnang

Bual Blog :

Mungkin aku dah terlambat dengan permainan interaksi internet. almaklumlah. asyik sibuk jea memanjang. di mana writer dua tiga hari ni senyap sepi. ponteng kerja latu. cuti tiga hari. bercuti ke melancong? ha ha ha.

di sini. ada satu perkara. baru reg untuk wwwow.my competition blogging. main vote vote juga. macam dekat facebook yang depa selalu buat. ape kah? hahaha. competitor susah nak jangka. tarikh tutup pun tak sure bile? rasa rasa aku boleh buat ke dak? lantak pie la. yang penting aku nak try dulu. promoting... ape lagi... follow this link and vote untuk blog ini!

Jadi ape tunggu lagi. Vote anda adalah punca kemenganan kami. hahaha. sekian terima kasih.

Saturday, April 30, 2011

Berbual tentang usaha, tangga berjaya semalam.

Bual Blog : foster.

Semalam seharian berjalan-jalan di facebook mencari apps yang membolehkan link di sebarkan secara otomatik di facebook seperti rss blogger di blog-blog lain. tak faham? kita kebawah.

ianya seperti subscribe, dan terus post di wall di facebook / di blog subscriber
blog Berbual > update > rss blogger widget
blog Berbual > update > facebook status profile / fan page

tak banyak apps yang jumpa, antaranya RSS for fan page, RSS/Blog, Social RSS & bloglovin.

RSS for fan page : rss for fan page ini adalah seperti rss di mana ada satu button di sebelah kiri fan page dan ianya hanya mempamerkan rss di dalam button itu. ianya amatlah tidak menarik perhatian saya. dan agak menyemakkan mata.

RSS/Blog : rss/blog ini adalah di mana rss boleh di pamerkan sama juga seperti di atas. dan pembaca boleh subscribe apa bila menekan butang subsribe itu. ianya di mana. service ini dijalankan dengan bayaran pertahun dan percuma selamat 14 hari. harganya sekitar 70-80 ringgit pertahun. kepala hotak dia.

Social RSS : ianya adalah sama seperti RSS/Blog, satu company. social rss ini adalah nama aplikasinya jea sebenarnya.

Bloglovin : ini yang setakat ini yang paling terbaik yang saya jumpa semalam. ianya mudah digunakan. tidak perlu register. hanya masukkan ur subscribe yang kita mahu. contohnya. kita mempunyai blog dan mahu postkan ke wall secara automatik. gunakanlah bloglovin. ianya percuma.

jadi di sini. kita faham. penggunaan rss ini amat penting. di mana di situ orang ramai boleh subscribe untuk membaca. sedar dan tidak. sudah ramai yang berjaya dalam bidang blog ini dengan idealogi menarik. tahniah.

Isu COLA: Murah sangatkah sara hidup luar bandar?

Bual Blog : cikgu-azhar

Isu COLA, pendapat saya lah, seperti yang di katakan tadi, RM 300 bandar, RM 200 bandar kecil, dan luar bandar RM 100. Persoalan yang timbul tadi "betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti kuala lumpur?"

Foster menjawab, yea. mesti. comfirm. ya. betul-betul-betul!

Ikan kembung, harga perkilo RM12 di luar bandar manakala RM6 - ke RM8 di bandar, itu memang saya tak pasti kesahahihnya fakta tersebut. tapi kalau mengikut pandangan saya mungkin ya, mungkin tidak.

Di kawasan bandar mungkin harganya lebih rendah kerana peraihnya ramai. di sebabkan itu terdapat pergolakan permainan harga kerana menjaga customer yang datang manakala peraih di luar bandar bermain harga kerana mereka adalah maharaja di sana.

Apa pun. kebanyakan pekerja di bandar tidak makan di rumah kerana masa rehatnya yang singkat(rujuk perjalanan ke rumah di entry bawah) . Sekiranya setiap 5 hari bekerja, di bandar makan seekor ikan kembung setiap hari. ianya mencecah RM15-RM20. Mungkin rumit untuk di fahami, begini. sehari harga sepinggan untuk makanan dan minuman tengah hari mencecah RM 5 - 7 (kedai tepi jalan). Jadi harga ikan kembung pun lebih kurang rm3? setuju. Tambahan sekilo lagi untuk isi rumah, bagi yang berkahwin. Jadi di tolak tambah RM15 + RM6 = 21. Di sini mesti ada pertikaian. di luar bandar makan dekat mana? Sama, mungkin murah sedikit lingkungan harga makan untuk lima hari lebih kurang RM10 + RM 12 = RM22. Jadi di sini terbukti bukan masalah harga ikan kembung yang patut di persoalkan. Setuju?

Bagi kos perjalanan. luar bandar mencecah 20 - 40 km? betul ke begitu? adakah itu pendalaman? kiranya ya. mengapa duduk jauh-jauh? bukan harga kos sewaan lingkuran 50 - 200 ringgit sahaja? Kalau di bandar. memang terpaksalah pekerja di bandar mencari rumah di luar bandar kerana sara hidup untuk menyewa di sana lebih mahal walhal taraf luar bandar contoh yang bekerja di kuala lumpur dan bayangkan selangor, samakan beriktiraf bandar. ianya boleh di bandingkan di mudah.my untuk carian rumah sewa. Adakah selangor juga di iktiraf sebagai bandar, seperti petaling jaya, subang jaya, shah alam? kurang pasti.

kos perjalanan adalah di sebabkan punca tempat tinggal yang tidak betul. kalau di bandar. Kebanyakkan pekerja yang bekerja di bandar seperti kuala lumpur duduk di selangor dan memang mempunyai jarak lebih dari 20km. di sini kita pandang mudah. percentage yang menaiki motor 30%, keretapi40% dan kereta 30%. Pengalaman saya, kebanyakkan orang yang telah berkahwin menaiki kereta dan train ke pejabat. 30% bujang. di sini, menaiki kereta api pun bukan perkara yang boleh di pertikaikan segi murah. sekiranya dia menaiki kereta api. apakah benar dia keluar dari pintu rumah dan adakah benar jarak dari rumah ke stesen kurang dari 100meter? mengapa tenaga & masa tidak di pertikaikan di situ.

Pengalaman peribadi waktu mula berjinak dalam sektor pejabat di kuala lumpur, menetap di petaling jaya selangor dan menaiki public transport. perjalanan memakan masa 2jam untuk tiba ke pejabat dengan berjalan kaki selama 15 minit. tentu haus, takpa sebelum keluar rumah kita minum dulu. kemudian menanti keretapi, 1st train lalu. full. 15 minit lagi tunggu. alhamdulillah boleh la selit selit. sampai kl central tukar train lagi, harap-harap anda faham. waktu waktu peak hour nak naik. ada yang suka. ada yang tak suka. itu terjadinya tak semua nak naik train. itu yang bagi perlu tukar train . mesti memakan masa yang lama. tapi kalau rumah yang dekat train. office nya depan train station juga ke? tak berpeluh ke dia berjalan lebih dari 15 minit? jadi di luar bandar. perjalanan 20km itu pejam mata jea 20 minit. tu belum tekan minyak habis tu. secara tidak langsung, kerajaan di situ membayar sara beban dan sara lebih masa pekerja pekerja di bandar dengan membayar wang untuk pergi ke kerja. balik kerja pun lebih kurang sama.

bagi yang membawa motorsikal di kl. boleh dikatakan bayar risiko kemalangan yang membawa padah akibat pemandu kenderaan bertayar empat atau lebih. Sebabkan pemandu kenderaan bertayar lebih dari dua mempunyai masalah kecenderungan kurang memandang sigh mirror dan para penungggang motorsikal terpaksa mencelah-celah di antara kesesakan jalan raya itu. kiranya di persoalkan mengapa perlu mencelah. maka tidak wujudlah orang pergi kerja menaiki motorsikal.

Kita ambil kesimpulan dari semua di atas. Pertikaian akan terjadi apabila kita kurang bersyukur dengan apa yang di beri. rezeki kita, kita ambil. rezeki orang tak perlulah mendengki.

Sekadar memberi pendapat, sekian.

Friday, April 29, 2011

Berbual setelah otak menjadi mereng bermain link rss blog ke facebook dan semuanya bersoal MENGAPA?

Bual Blog :

Error, error, error. chis. mengapa payah sangat nak rss ni? mengapa rss tak boleh kalau buat pakai label? mengapa kena bayar pertahun? mengapa perlu jadi macam ni? mengapa aku perlu buat benda yang aku tak pernah buat ni? mengapa aku tak buat lagi? mengapa aku tak balik rumah lagi? mengapa aku penin tiba tiba ni? mengapa kau orang baca menatang ni? mengapa? mengapa? mengapa?

ah . . . di mana ada tujuan. di situ ada highway.
ah . . . balik rumah nanti mesti boleh buat punya.
ah . . . hahahahahaha. sebenarnya entry ni hanyalah untuk try an error lagi.

hahahaha. selamat pulang bekerja bagi pekerja pekerja yang bekerja selain membaca blog. sekian

test an error sebab nak buat uji kaji.

Bual Blog

Maaf. tadi test error lagi. biasala. nak try an eror pakai rss kat fesbuk pulak. mahai gak la regenye. ni sapa sapa yang ada idealogi yang ada aplication yang free free, habak mai la. mana tau kita boleh kongsi idea bersama. ni ha nak habak. namanya sosial rss tak pun rss social. setahun dalam 80 hinggit. list web hanya bley bagi lima. tapi aku pernah nampak. ada yang selalu gak posting blog blog kat web, camne geng geng blog nak bersatu buat rss ni? subscribe dekat wall post sendiri. aih. pening jugak nak fikir camne nak buat.

ini tgh susun camne nak letak. ape patut buat. try eror. tu pasaipa post sepah sepah sikit waktu ni. harap maklum. kepada writer selamat berposting. i love you all.

Aku yg tengah PMS

Bual Blog : oreohitam

aih. tiap tiap hari dok ada mood ka nak mengoogle cerita-certa lucah, bangbus, miyabi, dot 3gp, sabul, link biru dan seangkatan denganyaka? baby rina? macam macam.

haha. ya. padahal baru sekali masuk. hari tu. memang bley nampak sangat. kemas. simple dan tak semak otak. tah apa nama. orang cakap kalau pakai baju tidoq tu tada bunga-bunga. tinggal yang G, g jea.

hahaha. follow u, follow me. biasa la. depa dok cari traffiki. kadang-kadang pasaipa apa apa. bukan baca artikel pun. dok nak tamak kawan. hampa dok pikiaq. apa nate la mereka ni. dok blog hari hari. komen punya la ciput. kadakoit ka. dah tu suruh ikut. apa punya manusia.

Cikgu Shida Sudah Berubah...

Bual Blog : lekatlekitgurl

Cekgu cekgu cekgu, che citer masa kecik comfirm ramai yang tanak jadi cekgu bila besar nanti. nak jadi askar. polis. dokter. tu paling hot time tu. time zaman la ni?

aku pun confius. sebab belum dapat anak lagi nak tanya. tapi pendapat aku la. zaman sekarang budak budak kecik nak jadi yang gempak gempak kot. time blajar hancus.

berbalik kepada cikgu shida kita ni. almaklumlah. dah femes. jadi hot sementara. masuk tb. masuk paper. asyik keluar masuk jea.

setiap orang berubah. dari baik ke tidak. yang salah tu di tegur elok elok. insyallah di terima. kalau main cakap jea. kat tb tu you all tgk maharaja lawak tgk mereka tukar jantina tak di persoalkan. soal agama biar tuhan tentukan niatnya. bukan bley main main. dosa besar tuh.

dulu tak suka. sekarang suka. biasa la tu. lumrah alam. terima jea la hakikat. tok sah tok sah semak otak. kita layan

Meh la singgah jap : Sesi Memperkenalkan Jiran Blog Wanblur

Bual Blog : akuwanblur90

baru nak sebut pasal "blogger wanita jea ke?" hahahaha. almaklum lah. laki laki temannya harus wanita. bukan permasalahan kamu lelaki. dah memang lumrah laki laki memandang wanita. ingin kenal. lantas ingin mesra. sungguh yang ini aku tak tipu. tapi biasanya bualan sahaja. di bibir. hati belum tentu berani.

berminat menjadi blogger jiran laki laki. marilah memeriahkan. aku selaku admin memang inginkan blogger hadir ke blog aku dan menjadi "perbual" ataupun "bercerita berbual tentang pendapat.

kalau berminat. join lah. free jea. mana tahu nanti one day meletop.

apa pun. kenali la jiran blogger anda. di situ lebih akrab. ini sekadar minta trafik. cam haram jadah namanya tu.

salam perkenalan. nama ku foster. jantina laki laki. yang lain rahsia. ini lagi satu haram. ingin berkenalan tapi privacy. bukan apa. facebook pun tak ada. jaga privacy la katakan. chet. tu sebab berjinak balik blog ni. tapi dunia blog makin haram jadah, masing masing lalu lalang tapi macam tadak hasil.

haaaaaaaaaaaaih. mengeluh sebentar.

Thursday, April 28, 2011

Gerimis Hati

Bual Blog : chaunkelfakir <- aku tak berani post comment. comfirm aku kena tembak.

dalam gelap, rindu menari
- pada waktu malam, aku rindu untuk menari
berdansa, memupus gelisah batin ini
- aku menari, untuk menghilangkan rasa rindu di 'batin' ini <- yang batin ni aku tak berani nak lebih-lebih
setia memungut kata di garis mimpi
- selalu mengingati kata-kata mu tadi
menguntai syair-syair malam sunyi
- mengingati kata-kata buat ku rindu

dalam pekat nian, rindu tetap berdansa
- aku rindu menari lagi
menari, menghapus ribuan tetes air mata
- aku menangis sambil menari
membaca kidung syahdu dedaunan senja
- tadi tu waktu senja aku menangis
menghidangkan secawan sajian jiwa
- air tangisan tu ku buat air kopi

di tiap malam tiba
- pada tiap-tiap malam
ada rindu menggema merekam banyak cerita
- aku selalu tengok cerita di 3gp
dan dalam tiap cerita
- dan setiap episod
adalah, kita yang telah lama berubah
- skill nya dah makin berubah
tak lagi sama
- macam-macam ada
melukis pelangi di atas cakrawala
- warna warni, bukan hitam putih lagi
menghias hari sepenuh warna
- tapi yang keluar tetap satu warna

tadinya kau tempat harapku bersandar
- tadi kutahan, tak keluar keluar
namun kini banyak rindu jatuh berderai
- namun kau keluar, berjurai-jurai
dalam bentuk rinai
- dalam bentuk cai cai cai

semoga,
-harapku
sajak beribu masih akan jatuh satu per satu
- hasil berjuta yang pasti sangkut satu

Nak Masuk Bloglist Pun Nak Kena Wat Segmen? Part II

Bual Blog : hasrulhassan

ate, teman terbaca quote ni "masukkan saya dalam bloglist dan saya masukkan mereka dalam bloglist saya - so win-win situation, dua2 dapat pendedahan." asyik main dedah jea ni. tak dose ke. nabi tak ngaku umat aih..

ngape, nak ade carenye. idok teman tahu. tapi sekadar bertanye. teman tak masukkan dalam blog list. teman masuken dalam live feed. tade le semak senarai blogger banyok banyok dalam tu nanti.

sape rajin update jea le yang naik atas, ate macam lagu injit-injit semut. sapa sakit naik atas.

ate, kome tukan bukan ape. kesian. traffic depe dari depe kamu dapat banyak. traffic dari kamu 10%pun tak sampai. keheenye fefty fefty. idok le teman tahu. teman tak ambik english education.

Nak Masuk Bloglist Pun Nak Kena Wat Segmen?

Bual Blog : hasrulhassan

ate yob... perli teman yea. takpe takpe. ce chiter ce chiter. kite gurau jea yob. memang tau pun. takpe. kita rilek jea. :) meh sini teman tambah. sian deme tak faham tu.

blog list : senarai nama blog
masukkan blog list : masukkan senarai nama blog
macam mana nak masukkan senarai nama blog list?

ya..... itu yang kita cari.
ya..... deme tak paham tu.
ya..... dah deme tak faham nak buat camne.
ya..... deme kena buat dulu.
ya..... lepas tu deme kena post entry.
ya..... tapi kata win win.
ya..... tapi mengapa blogger bangku kosong tidak post entry untuk mereka?
ya..... blogger ini berbual bual.
ya..... maaf, ini hanya bualan.

sekian. renung-renungkan.

LRT Dot 3 GIPI

Bual Blog : oreohitam

pergh, bacaan mengenai judul tajukni pun dah baur baur menarik. ha ha ha. menarik pada yang selalu mendonload, menarik pada yang selalu menengok. menarik pada yang selalu mencari dalam carian google. ah. ketepikan semua itu.

Lrt ni. bukan sekadar lrt. ktm pun sama juga. sendat! padat! pabila peak hour. hujung hujung minggu. pasal bau bau yang tidak disenangi tu memang tidak boleh nak di endahkan. memang selalu terjadi. memang mereka tu tak sedar diri. ape ke halnya? pelik, pelik. pernah juga ada yang memang tak tahu badan dia berbau. itu memang betul. di tegur takut dia malu. jadi kita terpaksa melayan karenah bau itu.

gambar gadis di tengah tengah itu memang tak boleh belah. ape kes ni? keliru lah. jejaka berbulu tegap. laki bangla berpelukan kain batik sambil adik dia naik. eshh.

"Minah_LRT.3gp" ? - kalau ada dan mungkin ada bagaimana terjadi tu? takkan nak record dalam train kot? ke letak camera tersembunyi? ha. mungkin judul yang sesuai "Minah_LRT_Bergesel.3gp" itu aku setuju.

biarlah. bangkang pun tak guna pasal coach Pink tu. yang bawa suami pun masih ada dalam tu. gila wanita solehah. dah tau coach PINK bawa suami pink bergesel dalam tu buek ape. Haha. macam macam hal.

Bloglist Bangku Kosong

Bual Blog : farizaothman

Pagi khamis kembali cik? Fariza Othman, biasalah. nak jadi senior kena bermula dari bawah. tapi kalau senior nak buka kedai baru pun kena mula dari bawah juga. tapi kadang-kadang si senior boleh main lompat lompat kalau nak buat blog yang baru. macam macam hal. jangan buat hal sudah.

anyway. sumber untuk berintenet tu tidak penting. niat, niat dan niat. di mana ada niat, di situ barulah kita bermula ambil sembahyang.

raksia bocor tu kita peram sama-sama okeh! happy blogging ;)

Bloglist Bangku Kosong ......

Bual Blog : ibusumaiyah

yea yea. tahu tahu. dah terbukti. siannye. takpa takpa. nanti kita buat yang baru eh. esok ka lusa ka. pagi ni ka? malam ni ka? amacam? style noooh.

maaf, aku bukan blogger dari bloglist bangku kosong. ini sekadar berbual bual berjalan. tgk entry di ruangan berbual encik bangku kosong tadi seperti banyak tanda tanya.

hahaha. tanda tanya terjawab. tapi masih blur blur lagi dengan kenyataan di dalam entry ini. tidak mengapa. kita abaikan. di sini marilah kita bersama-sama berusaha ke tahap mencari bloglisting yang banyak dan suatu hari nanti insyaallah anda berjaya.

majulah kehadapan dengan melangkah. jangan jadi malas. jangan jangan jangan.

Bloglist Bangku Kosong Dibuka Untuk Pendaftaran !! (UPDATED)

Bual Blog : hasrulhassan

ws, aiya. bukti? chit. ape da. macam pembelian secara online. ha ha ha. gurau je. kenapa taknak bukak lama lama blog list ni? kesian mereka mereka yang nak join. tak baik tau. depa nak join jugak. malas eh. ok ok. faham ;p

okay, entry ni simple jea. Bloglist Bangku kosong di buka untuk pendaftaran. simple and limited. (malas eh). kidding. aku pun malas juga nak buat bukti pembelian. tapi kalau dia nak juga takpa. aku ikhlas jea masukkan dalam bloglist aku. peace. entry link tu memang tertera dalam ruangan berbual ni.

selamat mengupdate blog list si bangku kosong. keep up a good work!

Terima Kasih Penulis Senja!!

Bual Blog : hasrisa

Chait. tu lah. Aku fikirkan aku pun lebih kurang seperti dia. berbual bual, berjalan-jalan. ah, dia dengan dunia dia. aku dengan dunia aku. jadi di sini, marilah berbual-bual di duniaku.

"pink warnamu , gubahan puisi rindu
berhias cinta kalbu , kasturi di kristal merah jambu
bertamu bunga dijambakmu , kerudung bermanik merah jambu
hamparan lembut baldu terbenam di tapak hatiku
segar nafas hiasmu, jambangan berkelopak merah jambu
bertanda keping kenangan , bertindih di kemuning petang
segala yang kita harapkan menjadi tembang kenangan
merah jambu berwarna-warna begitu tabiat cinta"

yah. agak puitis bualannya. agak berbunga-bunga. intipati di sampaikan jelas dan kadang-kadang mengelirukan.

Rumusan dari petikan di atas : blog anda yang bewarna pink itu adalah tempat anda mencurahkan segala hasrat rindu & cinta pada semua. Serius! aku blur sungguh dengan turutan seterusnya.

anyway. selamat pagi!

Aku sedar siapa diri ini

Bual Blog : bloknoktah

Cerita yang seakan sama juga, di mana dua orang laki-laki pula berdiri kononnya menanti meja makan kosong.
(cerita benar tapi bukan personal pengalaman)

Masa tu dia dan kawan dia amir, berdiri melihat kerusi kosong. Padahal waktu itu rakannya memang sudah berada di situ tapi dia dan amir buat seperti tidak kenal akan kawannya yang duduk di meja itu. Kemudian dia dan amir ternampak seorang gadis yang agak agak cun sendirian dan terdapat kerusi kosong.

soalannya tetap sama. "ada orang tak duduk kat sini?"
gadis tu mengangguk. Kononnya dia dan amir berdua ingin duduk di situ. Dalam hati wanita tu mungkin berkata. "seganlah" atau "ish budak dua orang ni. nak mengurat aku lah tu"

Jadi si dia dan amir beredar beberapa tapak dan berdirilah menanti kerusi kosong beberapa minit.

Tak lama kemudian mereka dapatkan kerusi dari meja lain dan duduk bersama temannya yang dua lagi tu.

Lantas, dia dan amir order dan makan. Setelah selesai makan. Wanita berkenaan masih bersendirian. Mulalah mereka mencarut-carut.

Sekian.

Wednesday, April 27, 2011

Aku betul gila dengan kamu

Bual Blog : xaturen

Saya suka entry anda, wah. Menarik tertarik kau memang debom. Ani& Faridah, Beda nama, beda cantik, berbeda beda. Di mana ada wanita di situ kau berbahasa eh, tidak mengapa, laki-laki selalunya begitu. Tak semua laki tapi selalu.

"Apakah Ani boleh mengantikan Fidah?"
Jangan di tanya begitu, walaupun dalam benak hati. Tidak-tidak. Anggaplah ianya lumrah alam. yang sudah itu sudah. yang akan itu akan. Setankan soal fidah, fokus pada satu. Ani. biar pun ani tidak tabah, tidak berapa cantik. tapi itu semua soal hati, soal perasaan. Tiada siapa pun mengerti bila persoalan ini terjadi. walaupun si ani bertanya pada kau. bolehkah kau berkata sedemikian? tidak, tidak dan tidak. dan kau akan tergamam bila persoalan itu muncul.

Sudahlah si 'aku'. Cinta & sayang itu adalah seperti satu benda yang tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang-orang di sekeliling kita yang tahu betapa cinta kau padanya.

Keep up a good work! i'll follow you.

Bual Ads

Bual Man

Bual Woman

x

PopUp Title

Code of the gadget you need

Get This