Saturday, April 30, 2011

Berbual tentang usaha, tangga berjaya semalam.

Bual Blog : foster.

Semalam seharian berjalan-jalan di facebook mencari apps yang membolehkan link di sebarkan secara otomatik di facebook seperti rss blogger di blog-blog lain. tak faham? kita kebawah.

ianya seperti subscribe, dan terus post di wall di facebook / di blog subscriber
blog Berbual > update > rss blogger widget
blog Berbual > update > facebook status profile / fan page

tak banyak apps yang jumpa, antaranya RSS for fan page, RSS/Blog, Social RSS & bloglovin.

RSS for fan page : rss for fan page ini adalah seperti rss di mana ada satu button di sebelah kiri fan page dan ianya hanya mempamerkan rss di dalam button itu. ianya amatlah tidak menarik perhatian saya. dan agak menyemakkan mata.

RSS/Blog : rss/blog ini adalah di mana rss boleh di pamerkan sama juga seperti di atas. dan pembaca boleh subscribe apa bila menekan butang subsribe itu. ianya di mana. service ini dijalankan dengan bayaran pertahun dan percuma selamat 14 hari. harganya sekitar 70-80 ringgit pertahun. kepala hotak dia.

Social RSS : ianya adalah sama seperti RSS/Blog, satu company. social rss ini adalah nama aplikasinya jea sebenarnya.

Bloglovin : ini yang setakat ini yang paling terbaik yang saya jumpa semalam. ianya mudah digunakan. tidak perlu register. hanya masukkan ur subscribe yang kita mahu. contohnya. kita mempunyai blog dan mahu postkan ke wall secara automatik. gunakanlah bloglovin. ianya percuma.

jadi di sini. kita faham. penggunaan rss ini amat penting. di mana di situ orang ramai boleh subscribe untuk membaca. sedar dan tidak. sudah ramai yang berjaya dalam bidang blog ini dengan idealogi menarik. tahniah.

Isu COLA: Murah sangatkah sara hidup luar bandar?

Bual Blog : cikgu-azhar

Isu COLA, pendapat saya lah, seperti yang di katakan tadi, RM 300 bandar, RM 200 bandar kecil, dan luar bandar RM 100. Persoalan yang timbul tadi "betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti kuala lumpur?"

Foster menjawab, yea. mesti. comfirm. ya. betul-betul-betul!

Ikan kembung, harga perkilo RM12 di luar bandar manakala RM6 - ke RM8 di bandar, itu memang saya tak pasti kesahahihnya fakta tersebut. tapi kalau mengikut pandangan saya mungkin ya, mungkin tidak.

Di kawasan bandar mungkin harganya lebih rendah kerana peraihnya ramai. di sebabkan itu terdapat pergolakan permainan harga kerana menjaga customer yang datang manakala peraih di luar bandar bermain harga kerana mereka adalah maharaja di sana.

Apa pun. kebanyakan pekerja di bandar tidak makan di rumah kerana masa rehatnya yang singkat(rujuk perjalanan ke rumah di entry bawah) . Sekiranya setiap 5 hari bekerja, di bandar makan seekor ikan kembung setiap hari. ianya mencecah RM15-RM20. Mungkin rumit untuk di fahami, begini. sehari harga sepinggan untuk makanan dan minuman tengah hari mencecah RM 5 - 7 (kedai tepi jalan). Jadi harga ikan kembung pun lebih kurang rm3? setuju. Tambahan sekilo lagi untuk isi rumah, bagi yang berkahwin. Jadi di tolak tambah RM15 + RM6 = 21. Di sini mesti ada pertikaian. di luar bandar makan dekat mana? Sama, mungkin murah sedikit lingkungan harga makan untuk lima hari lebih kurang RM10 + RM 12 = RM22. Jadi di sini terbukti bukan masalah harga ikan kembung yang patut di persoalkan. Setuju?

Bagi kos perjalanan. luar bandar mencecah 20 - 40 km? betul ke begitu? adakah itu pendalaman? kiranya ya. mengapa duduk jauh-jauh? bukan harga kos sewaan lingkuran 50 - 200 ringgit sahaja? Kalau di bandar. memang terpaksalah pekerja di bandar mencari rumah di luar bandar kerana sara hidup untuk menyewa di sana lebih mahal walhal taraf luar bandar contoh yang bekerja di kuala lumpur dan bayangkan selangor, samakan beriktiraf bandar. ianya boleh di bandingkan di mudah.my untuk carian rumah sewa. Adakah selangor juga di iktiraf sebagai bandar, seperti petaling jaya, subang jaya, shah alam? kurang pasti.

kos perjalanan adalah di sebabkan punca tempat tinggal yang tidak betul. kalau di bandar. Kebanyakkan pekerja yang bekerja di bandar seperti kuala lumpur duduk di selangor dan memang mempunyai jarak lebih dari 20km. di sini kita pandang mudah. percentage yang menaiki motor 30%, keretapi40% dan kereta 30%. Pengalaman saya, kebanyakkan orang yang telah berkahwin menaiki kereta dan train ke pejabat. 30% bujang. di sini, menaiki kereta api pun bukan perkara yang boleh di pertikaikan segi murah. sekiranya dia menaiki kereta api. apakah benar dia keluar dari pintu rumah dan adakah benar jarak dari rumah ke stesen kurang dari 100meter? mengapa tenaga & masa tidak di pertikaikan di situ.

Pengalaman peribadi waktu mula berjinak dalam sektor pejabat di kuala lumpur, menetap di petaling jaya selangor dan menaiki public transport. perjalanan memakan masa 2jam untuk tiba ke pejabat dengan berjalan kaki selama 15 minit. tentu haus, takpa sebelum keluar rumah kita minum dulu. kemudian menanti keretapi, 1st train lalu. full. 15 minit lagi tunggu. alhamdulillah boleh la selit selit. sampai kl central tukar train lagi, harap-harap anda faham. waktu waktu peak hour nak naik. ada yang suka. ada yang tak suka. itu terjadinya tak semua nak naik train. itu yang bagi perlu tukar train . mesti memakan masa yang lama. tapi kalau rumah yang dekat train. office nya depan train station juga ke? tak berpeluh ke dia berjalan lebih dari 15 minit? jadi di luar bandar. perjalanan 20km itu pejam mata jea 20 minit. tu belum tekan minyak habis tu. secara tidak langsung, kerajaan di situ membayar sara beban dan sara lebih masa pekerja pekerja di bandar dengan membayar wang untuk pergi ke kerja. balik kerja pun lebih kurang sama.

bagi yang membawa motorsikal di kl. boleh dikatakan bayar risiko kemalangan yang membawa padah akibat pemandu kenderaan bertayar empat atau lebih. Sebabkan pemandu kenderaan bertayar lebih dari dua mempunyai masalah kecenderungan kurang memandang sigh mirror dan para penungggang motorsikal terpaksa mencelah-celah di antara kesesakan jalan raya itu. kiranya di persoalkan mengapa perlu mencelah. maka tidak wujudlah orang pergi kerja menaiki motorsikal.

Kita ambil kesimpulan dari semua di atas. Pertikaian akan terjadi apabila kita kurang bersyukur dengan apa yang di beri. rezeki kita, kita ambil. rezeki orang tak perlulah mendengki.

Sekadar memberi pendapat, sekian.

Bual Ads

Bual Man

Bual Woman

x

PopUp Title

Code of the gadget you need

Get This