Isu COLA, pendapat saya lah, seperti yang di katakan tadi, RM 300 bandar, RM 200 bandar kecil, dan luar bandar RM 100. Persoalan yang timbul tadi "betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti kuala lumpur?"
Foster menjawab, yea. mesti. comfirm. ya. betul-betul-betul!
Ikan kembung, harga perkilo RM12 di luar bandar manakala RM6 - ke RM8 di bandar, itu memang saya tak pasti kesahahihnya fakta tersebut. tapi kalau mengikut pandangan saya mungkin ya, mungkin tidak.
Di kawasan bandar mungkin harganya lebih rendah kerana peraihnya ramai. di sebabkan itu terdapat pergolakan permainan harga kerana menjaga customer yang datang manakala peraih di luar bandar bermain harga kerana mereka adalah maharaja di sana.
Apa pun. kebanyakan pekerja di bandar tidak makan di rumah kerana masa rehatnya yang singkat(rujuk perjalanan ke rumah di entry bawah) . Sekiranya setiap 5 hari bekerja, di bandar makan seekor ikan kembung setiap hari. ianya mencecah RM15-RM20. Mungkin rumit untuk di fahami, begini. sehari harga sepinggan untuk makanan dan minuman tengah hari mencecah RM 5 - 7 (kedai tepi jalan). Jadi harga ikan kembung pun lebih kurang rm3? setuju. Tambahan sekilo lagi untuk isi rumah, bagi yang berkahwin. Jadi di tolak tambah RM15 + RM6 = 21. Di sini mesti ada pertikaian. di luar bandar makan dekat mana? Sama, mungkin murah sedikit lingkungan harga makan untuk lima hari lebih kurang RM10 + RM 12 = RM22. Jadi di sini terbukti bukan masalah harga ikan kembung yang patut di persoalkan. Setuju?
Bagi kos perjalanan. luar bandar mencecah 20 - 40 km? betul ke begitu? adakah itu pendalaman? kiranya ya. mengapa duduk jauh-jauh? bukan harga kos sewaan lingkuran 50 - 200 ringgit sahaja? Kalau di bandar. memang terpaksalah pekerja di bandar mencari rumah di luar bandar kerana sara hidup untuk menyewa di sana lebih mahal walhal taraf luar bandar contoh yang bekerja di kuala lumpur dan bayangkan selangor, samakan beriktiraf bandar. ianya boleh di bandingkan di mudah.my untuk carian rumah sewa. Adakah selangor juga di iktiraf sebagai bandar, seperti petaling jaya, subang jaya, shah alam? kurang pasti.
kos perjalanan adalah di sebabkan punca tempat tinggal yang tidak betul. kalau di bandar. Kebanyakkan pekerja yang bekerja di bandar seperti kuala lumpur duduk di selangor dan memang mempunyai jarak lebih dari 20km. di sini kita pandang mudah. percentage yang menaiki motor 30%, keretapi40% dan kereta 30%. Pengalaman saya, kebanyakkan orang yang telah berkahwin menaiki kereta dan train ke pejabat. 30% bujang. di sini, menaiki kereta api pun bukan perkara yang boleh di pertikaikan segi murah. sekiranya dia menaiki kereta api. apakah benar dia keluar dari pintu rumah dan adakah benar jarak dari rumah ke stesen kurang dari 100meter? mengapa tenaga & masa tidak di pertikaikan di situ.
Pengalaman peribadi waktu mula berjinak dalam sektor pejabat di kuala lumpur, menetap di petaling jaya selangor dan menaiki public transport. perjalanan memakan masa 2jam untuk tiba ke pejabat dengan berjalan kaki selama 15 minit. tentu haus, takpa sebelum keluar rumah kita minum dulu. kemudian menanti keretapi, 1st train lalu. full. 15 minit lagi tunggu. alhamdulillah boleh la selit selit. sampai kl central tukar train lagi, harap-harap anda faham. waktu waktu peak hour nak naik. ada yang suka. ada yang tak suka. itu terjadinya tak semua nak naik train. itu yang bagi perlu tukar train . mesti memakan masa yang lama. tapi kalau rumah yang dekat train. office nya depan train station juga ke? tak berpeluh ke dia berjalan lebih dari 15 minit? jadi di luar bandar. perjalanan 20km itu pejam mata jea 20 minit. tu belum tekan minyak habis tu. secara tidak langsung, kerajaan di situ membayar sara beban dan sara lebih masa pekerja pekerja di bandar dengan membayar wang untuk pergi ke kerja. balik kerja pun lebih kurang sama.
bagi yang membawa motorsikal di kl. boleh dikatakan bayar risiko kemalangan yang membawa padah akibat pemandu kenderaan bertayar empat atau lebih. Sebabkan pemandu kenderaan bertayar lebih dari dua mempunyai masalah kecenderungan kurang memandang sigh mirror dan para penungggang motorsikal terpaksa mencelah-celah di antara kesesakan jalan raya itu. kiranya di persoalkan mengapa perlu mencelah. maka tidak wujudlah orang pergi kerja menaiki motorsikal.
Kita ambil kesimpulan dari semua di atas. Pertikaian akan terjadi apabila kita kurang bersyukur dengan apa yang di beri. rezeki kita, kita ambil. rezeki orang tak perlulah mendengki.
Sekadar memberi pendapat, sekian.
1 comment:
salam
alamak ... ok ok berbual kosong je kan.
hahhaa .. saya terima pendapat tu. tapi apa salah juga kalau diselaraskan kerana saya pernah duduk di luar bandar dan bandaraya besar. orang goment mesti nak suruh selaras hahahhaha
apapun terima kasih. mohon pautkan blog tak seberapa saya kat sini. blog tuan dalam senarai top 100
http://cikgu-azhar.blogspot.com
*kepada sahabat blogger yang lain jom penuhkan top 100 bloglist saya :)
Post a Comment