Friday, April 26, 2013

Ini Semua Poyo

Memang agak poyolah sebab perihal mahu berblog. jadi ini semua poyo. hangat hangat tahi kucing! chiss

Sunday, February 26, 2012

Saya suka blogwalking sebab?

Bual Blog : Saya suka blogwalking sebab?

1. Sebab saya boleh berjalan ke blog blog lain tanpa menggunakan kaki
2. Boleh mencarut dekat blog orang tanpa segan silu
3. Boleh skodeng skodeng orang tanpa orang tahu.
4. Sebab kita tak kaki.


Rahsia Mata Wanita

Bual Blog : Rahsia Mata Wanita

"Mesti awak rasa saya cairkan?" Hujung hujung kecairan itu makin memuncak. Ianya tiba tanpa di duga, Wanita Bermata memang suka berahsia. Apalah mata tanpa wanita yang suka berahsia.

Jangan di tenung lama lama mata wanita yang berahsia. Kelak tercair di hujung matanya. Tak perlu tanya apa yang tersurat apalagi yang bersirat. Biar muda matanya tapi sedang sedang saiznya.

Kalau dikaji mengikut tenungan mata wanita yang berahsia itu, bukan kehati? tetapi biar berhati hati.

Angin Satu Badan

Bual Blog : Angin di keluarkan. bunyi nya sepoi sepoi bahasa. Gila. Nasib baik tiada yang menghidu. buruk perangai tapi apakan daya. Anda juga begitu. Bukan? haha. Pikirkan mengapa angin ini terlalu banyak. Permakanan di rancang masih menjadi jadi. Apakah ini satu penyakit angin? Bimbang juga muntah muntah pada waktu pagi sewaktu sedang menggosok gigi. Apakah angin ini di hantar? oh tidak.

Angin sejuk malam di simpan di perut membuatkan ku tak selesa.

Maaf. Mencarut pasal angin. Prrrrroooooooot!

Monday, February 6, 2012

Bila Mencestet dan Chelseat bertemu mereka seolah olah lupa bahawa mereka itu sedang riak dan takbur dengan sokongan padu masing masing.

Bual Blog : Terkedu pagi ini mendengar berita tentang malaysia yang sedang kalah dalam perjuangan mereka ke olympic. Apekah yang berlaku ini dey? ok ok. mereka tak layak! jadi. Sambutan akan hambar menjelang 22 Feb ke Mac ni di bukit jalil nanti. Oleh itu tiket amatlah menjadi termurah untuk mendapat support support rakyat malaysia dan kebarangkalian Jepun akan menang. Hell Yeah. Di sini bukan untuk mengutuk atau mengumpat. cuma berbual kosong tat kala Semalam kita berasa happy bila mechester seri dengan chelsea di dalam liga EPL dan Mechester City semakin senyum pada bila melihat keserian mereka. Mana kala pula Arsenal sedang berpesta gol. Oh oh .

Jadi adalah agak membuang masa menonton bola sepak semalam kerena kedua dua game tidak menguntungkan ketiga tiga team iaitu Malaysia, Mencestet dan Chelsea. Yang untung adalah masih di pihak Astro Arena dan mamak mamak dan restaurant kerana ramai yang menontonnya disana.

Jadi di sini adalah berlaku tidak untung juga kerana aku membuang masa dengan mengepost articel ini dan anda juga tidak untung dengan membaca bualan ini. Hahaha. adeku kisah?

good bye! bye malaysia! itu yang terbaik anda mampu lakukan. jadi tunggu lagi tahun tahun yang akan datang. ok bye lagi untuk kali ke dua.!

Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0 sangat BERJAYA!

Bual Blog : Kehadapan kepada pembaca. Sila yakin dan tenang apabila membaca artikel ini. Terima kasih.

Bersih 2.0 amat berjaya sekali membersihkan bandaraya kuala lumpur hari ini. Di katakan udara yang bersih sangat meningkat dan amat mendadak bagus untuk kesihatan pabila kenderaan kurang berada di jalanan sekitar kuala lumpur. Tahniah untuk BERSIH.

Kepada polis negara Malaysia : Taniah juga untuk anda kerana berjaya melakukan sekatan jalan raya yang secara maksimum yang lebih menyerlah untuk kes-kes keselamatan negara dari menyiasat kes-kes ringan seperti kecurian kereta dan motosikal. Penduduk negeri selangor amat berbangga dengan anda kerana sempadan yang digunakan amat maksimum sekali sehingga tidak masuk akal.

Kepada peniaga di sekitar kuala Lumpur : Kasihan kepada anda, tapi adat berniaga. Ada untung ada rugi. Kiranya untung. Satu rakyat jelata mahu berniaga. Tapi apakan daya. Bukan salah siapa. Semuanya dugaan dari tuhan. Kita hanya merancang. Dia yang menentukan. Mendengar berita katanya peniaga pasar malam kerugian 1juta/0.5 juta. Kerugian itu bermaksud = tidak dapat keuntungan. Semua faham. Bagus. Ala darurat. Kedai terpaksa di tutup gara gara bimbang menjadi sasaran menyorok penyokong.

Kepada penyokong bersih : tahniah kepada anda. di sini anda telah membuka mata dunia lagi sekali. bahwa kerajaan negara kita memang tidak layak di panggil demokrasi. dan kemungkinan ramai pelabur asing akan menarik diri kerana keadaan negara yang tak begitu stabil dari segi idealogi rakyat dan juga kerajaan.

Kepada pengusaha TOL : anda sangat bagus bekerja sama dengan pihak polis sehingga membuka satu lorong sahaja.

Comment lain : Kebanyakan laluan di sekat ke pusat bandar <- mengapa lalulan ke damansara puchong di sekat? apakah tol sunway ke damansara adalah laluan ke kuala lumpur? adakah tol sunway adalah kawasan sempadan kuala lumpur dan selangor? apakah tol sunway itu adalah negeri jajahan bukan pembangkang yang sibuk hangat di perkatakan "pergi la buat demontrasi aman jalanan di negeri pembangkang?" apakah mereka ini mengawal keselamatan pengguna jalan raya? apakah? apakah? apakah bersih juga patut di persalahkan juga? walhal berapa kerat sahaja yang timbul.

oh tidaaaaaaaaaaaak! bukan penyokong. tapi idealogi manusia memangnya lemah dan masing masing mahu menunjukkan kekuatan masing masing. walhal. habuk pun tarak. sudah. makin panjang makin mencarut.

sakadar pandangan. ini bukan hasutan. ini bukan kutukan dan juga perhimpunan. tak tak. cuma suara hati rakyat. hanya ada satu suara. terima kasih.

Friday, June 3, 2011

Himpunan 2 Juta Belia 2012 - Super Junior M datang lagi

Bual Blog : Suju M datang lagi? Dengar cerita memang ramai orang nak Super Junior M datang Malaysia lagi. Ce citer ape baguihnye SUJU M ni? entah. Suka sebab Fan dia kat negara ni ramai sangat kot. Tapi tu lah. Aku yakin benar Suju M takkan datang malaysia lagi. sebab depa ni demanding tinggi.

Pasaipa. ura ura mengatakan belanja untuk Suju M ni memakan belanja juta. Pergh. banyak tu. tapi siapa pun tak tau berapa harga untuk concert hari tu. sebab aku tak jumpa link dari press / sebagainya. kalau hang ada jumpa. bawak komen kat bawak ni. Bukan apa. Sharing is Caring. Tapi logic akal pun. memang patut pun makan belanja juta juta. Ini namanya Jutawan dalam sehari. Hehehe

Tulah dia. Malaysia ni. Kalau pasai gossip memang laju jea tekan. tak pikiaq dah. Hari tu siapa yang ada jumpa Suju M pie peluk cium pipi. aduh. tabik u all. sebab u all kecoh satu pakatan gagasan yang membenci himpunan sejuta belia dok kutuk-kutuk hangpa tekinjal kinjal atas pentas. Mungkin benda free. padahal bulan april lepas banyak jea concert artis luar negara dekat negara kita ni takda plak yang kecoh. banyak! sumpah! antaranya yang hadir pada bulan april. Bruno Mars, Maroon 5, Justin Bieber, Rain & MLTR. Setahu aku tu jea la.

apa pun. next year. aku memang tak harap artis ni datang lagi. Ambik la artis yang boleh kita fahami dalam pengertian lagunya. Mat salleh ke. Singapure ke. Indonesia ke. Chaitttt.. You all peminat Suju Semua meh komen kat bawah ni. Sekian

Thursday, June 2, 2011

Himpunan 2 Juta Belia 2012 - Biar betik

Bual Blog : Salam dan selamat sejahtera, Salam 1 Malaysia. Ni tengah join satu Campaign dan secara tak langsung dapat promote blog. Katenye la. Ianya berkenaan Hari Belia Negara 2012. Tahun depan. Bukan tahun ni. Tahun ni kiter komenjea yea. Ape yang best tahun ni. ape yang tak bestnye.

Dengar citer tahun 2012 PM nak buat selama seminggu. Ate gile ke? Jem sesak? Putrajaya tu.. Baik ke camtu? Bagi pendapat aku la. Lantak pie la depa nak buat sebulan pun apaku ada kesah. Tapi yang penting tu niat. Lagi pun aku tengok. Kalau seminggu dia buat. mungkin kurang jem le kot. sebab tak semua orang pergi dalam satu masa. Setuju? 2 juta. 1 juta hari tu dengar ura ura. ada yang cakap capai. ada yang cakap tak capai. ate. Mana satu ni? press cakap tercapai. tapi mengapa ada yang masih Capai ke? ate yang cakap tak capai tu mesti yang tak pergi. yang tanak ambik tau. aku setuju benor dengan quote tu. tahun depan harap banyak lagi event. dan lebih tersusun. tahun ni okay okay jea. Aku tak join ape pun. setakat jalan jalan tengok ape yang ada.

So semangat Belia negara nak bermula kat sini la. bagi yang suka bersukan tu. banyak pertandingan. sapa yang suka dengar ceramah agama pun ada. nak cari kerja. aihhh. macam macam lah. kalau nak citer. setahun dari sekarang. hari hari pun mesti bley buat artikel punya. apa yang baik kita layankan. sekian.

Tuesday, May 24, 2011

Kalau rindu kata rindu. aaaihhh. sweet gitu. ;p

Bual Blog : Serius! ini serius. bukan tanak update. tapi kan. sebab aku tgh dok sebuk buat satu project blogging ni. serius ni serius ni. para para writer lain pun sama. sana nak kejar sini nak kerja. kejar kerja kerja kejar. haa.. mampuih nooohhh.. lagu ni. biak pi ngan blogni sat aa.. kita pi main jauh jauh sat. harap maklum. :)

Wednesday, May 4, 2011

Tetiba nak back test.

Bual Blog :

Dah tau dah kenapa? tak tau tidur lah. besok ada lagi.. ni nak habak mai. entry ni takde kena mengena apa pun. cuma pelik la feeds ni. la ni dok ikhtiar idealogi nak buat camna. marah pun tak guna. aih. majuk jea boleh. macam macam hal. selamat malam dunia.

Monday, May 2, 2011

Tolonglah vote video ni, kalau menang sy dpt 10% :)

Bual Blog : http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=280411204737788

Entry Title: The Expectation
Description: Anyone can create any expectation but in the end there have only one answer.
Category: Video of the Year
Submitted On: Thu, 28-Apr-2011

Video ni adalah hasil nukilan dan lukisan dari Ahmad Shahir sebagai pembuat video ni. betul ke dia yang buat? hehehe. apa pun kita layankan jea. penat jea vote kalau bukan video asli dia kan? betul,betul,betul. apa pun. vote lah. ceritanya agak simple. maksud penuh mendalam. di mana dia melakon perkara ini di tempat yang saya cam. "dekat damansara" tak silap saya.

wwwow.my contest vote lah. ape lagi di tunggu tunggu. cepat sebelum terlambat. sesiapa yang nak vote. sila minta percentage pada dia. moga moga dia bagi. hahaha. kidding. apa apa pun gud luck pada mereka. sekian.

Sunday, May 1, 2011

wwwow.my DIGI tak friendly. Nak vote pun payah!

Bual Blog : Foster

Bukan ape. tak marah. tak bengang pun. sikit pun tak. ni. ape ke hal kalau kita nak suruh orang vote. orang tak faham. ni nak vote kat mana ni? apa ni? aih. bagi penerangan kat depa pun dah buang masa. ni terpaksalah kena bagi penerangan mudah sikit. baca la kalau rajin.

Pertama, wwwow.my ni hasil idealogi dimana antara satu syarikat komunikasi memberi award kepada rata-rata pada penduduk malaysia untuk menyertai kempen ini.

antaranya, Best Internet for all idea/campaign. Best internet for good award. Blogger of the year. Fave Malaysian Online Celebrity. Fave Malaysian Male Online Celebrity, Fave Person over 40. Fave Persin under 15. Fave Tech Head. Must-Follow personality. Onine Shop of the year. Online story of the year. Picyure of the year. Top Kay Poh. Top lol. Top Makan-makan expert. Video of the year.

humangaih. banyak tu. pilih la mana satu anda suka. tapi masalahnya menantang haram ni tak friendly. button vote now di atas itu menggangu pemvoter. bila depa tekan situ. hilanglah link. sepatutnya depa kena cari button "Please Login / Register with Facebook to vote." di dalam kotak kuning. Jadi di sini. aku pun malas nak fikir panjang. aku masuk satu lagi award. Besti internet for all idea/campaign. hahaha. blog aku ni pun boleh join benda haram ni. tapi. tak perlukan vote? kejadahnye nak menang? anyway. mencuba tak salah. bukan kena bayar pun.

sekian. semoga korang and you all vote untuk blog ini. thanks.

Best internet campaign and idea

Blogger of the year. nuffnang

Bual Blog :

Mungkin aku dah terlambat dengan permainan interaksi internet. almaklumlah. asyik sibuk jea memanjang. di mana writer dua tiga hari ni senyap sepi. ponteng kerja latu. cuti tiga hari. bercuti ke melancong? ha ha ha.

di sini. ada satu perkara. baru reg untuk wwwow.my competition blogging. main vote vote juga. macam dekat facebook yang depa selalu buat. ape kah? hahaha. competitor susah nak jangka. tarikh tutup pun tak sure bile? rasa rasa aku boleh buat ke dak? lantak pie la. yang penting aku nak try dulu. promoting... ape lagi... follow this link and vote untuk blog ini!

Jadi ape tunggu lagi. Vote anda adalah punca kemenganan kami. hahaha. sekian terima kasih.

Saturday, April 30, 2011

Berbual tentang usaha, tangga berjaya semalam.

Bual Blog : foster.

Semalam seharian berjalan-jalan di facebook mencari apps yang membolehkan link di sebarkan secara otomatik di facebook seperti rss blogger di blog-blog lain. tak faham? kita kebawah.

ianya seperti subscribe, dan terus post di wall di facebook / di blog subscriber
blog Berbual > update > rss blogger widget
blog Berbual > update > facebook status profile / fan page

tak banyak apps yang jumpa, antaranya RSS for fan page, RSS/Blog, Social RSS & bloglovin.

RSS for fan page : rss for fan page ini adalah seperti rss di mana ada satu button di sebelah kiri fan page dan ianya hanya mempamerkan rss di dalam button itu. ianya amatlah tidak menarik perhatian saya. dan agak menyemakkan mata.

RSS/Blog : rss/blog ini adalah di mana rss boleh di pamerkan sama juga seperti di atas. dan pembaca boleh subscribe apa bila menekan butang subsribe itu. ianya di mana. service ini dijalankan dengan bayaran pertahun dan percuma selamat 14 hari. harganya sekitar 70-80 ringgit pertahun. kepala hotak dia.

Social RSS : ianya adalah sama seperti RSS/Blog, satu company. social rss ini adalah nama aplikasinya jea sebenarnya.

Bloglovin : ini yang setakat ini yang paling terbaik yang saya jumpa semalam. ianya mudah digunakan. tidak perlu register. hanya masukkan ur subscribe yang kita mahu. contohnya. kita mempunyai blog dan mahu postkan ke wall secara automatik. gunakanlah bloglovin. ianya percuma.

jadi di sini. kita faham. penggunaan rss ini amat penting. di mana di situ orang ramai boleh subscribe untuk membaca. sedar dan tidak. sudah ramai yang berjaya dalam bidang blog ini dengan idealogi menarik. tahniah.

Isu COLA: Murah sangatkah sara hidup luar bandar?

Bual Blog : cikgu-azhar

Isu COLA, pendapat saya lah, seperti yang di katakan tadi, RM 300 bandar, RM 200 bandar kecil, dan luar bandar RM 100. Persoalan yang timbul tadi "betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti kuala lumpur?"

Foster menjawab, yea. mesti. comfirm. ya. betul-betul-betul!

Ikan kembung, harga perkilo RM12 di luar bandar manakala RM6 - ke RM8 di bandar, itu memang saya tak pasti kesahahihnya fakta tersebut. tapi kalau mengikut pandangan saya mungkin ya, mungkin tidak.

Di kawasan bandar mungkin harganya lebih rendah kerana peraihnya ramai. di sebabkan itu terdapat pergolakan permainan harga kerana menjaga customer yang datang manakala peraih di luar bandar bermain harga kerana mereka adalah maharaja di sana.

Apa pun. kebanyakan pekerja di bandar tidak makan di rumah kerana masa rehatnya yang singkat(rujuk perjalanan ke rumah di entry bawah) . Sekiranya setiap 5 hari bekerja, di bandar makan seekor ikan kembung setiap hari. ianya mencecah RM15-RM20. Mungkin rumit untuk di fahami, begini. sehari harga sepinggan untuk makanan dan minuman tengah hari mencecah RM 5 - 7 (kedai tepi jalan). Jadi harga ikan kembung pun lebih kurang rm3? setuju. Tambahan sekilo lagi untuk isi rumah, bagi yang berkahwin. Jadi di tolak tambah RM15 + RM6 = 21. Di sini mesti ada pertikaian. di luar bandar makan dekat mana? Sama, mungkin murah sedikit lingkungan harga makan untuk lima hari lebih kurang RM10 + RM 12 = RM22. Jadi di sini terbukti bukan masalah harga ikan kembung yang patut di persoalkan. Setuju?

Bagi kos perjalanan. luar bandar mencecah 20 - 40 km? betul ke begitu? adakah itu pendalaman? kiranya ya. mengapa duduk jauh-jauh? bukan harga kos sewaan lingkuran 50 - 200 ringgit sahaja? Kalau di bandar. memang terpaksalah pekerja di bandar mencari rumah di luar bandar kerana sara hidup untuk menyewa di sana lebih mahal walhal taraf luar bandar contoh yang bekerja di kuala lumpur dan bayangkan selangor, samakan beriktiraf bandar. ianya boleh di bandingkan di mudah.my untuk carian rumah sewa. Adakah selangor juga di iktiraf sebagai bandar, seperti petaling jaya, subang jaya, shah alam? kurang pasti.

kos perjalanan adalah di sebabkan punca tempat tinggal yang tidak betul. kalau di bandar. Kebanyakkan pekerja yang bekerja di bandar seperti kuala lumpur duduk di selangor dan memang mempunyai jarak lebih dari 20km. di sini kita pandang mudah. percentage yang menaiki motor 30%, keretapi40% dan kereta 30%. Pengalaman saya, kebanyakkan orang yang telah berkahwin menaiki kereta dan train ke pejabat. 30% bujang. di sini, menaiki kereta api pun bukan perkara yang boleh di pertikaikan segi murah. sekiranya dia menaiki kereta api. apakah benar dia keluar dari pintu rumah dan adakah benar jarak dari rumah ke stesen kurang dari 100meter? mengapa tenaga & masa tidak di pertikaikan di situ.

Pengalaman peribadi waktu mula berjinak dalam sektor pejabat di kuala lumpur, menetap di petaling jaya selangor dan menaiki public transport. perjalanan memakan masa 2jam untuk tiba ke pejabat dengan berjalan kaki selama 15 minit. tentu haus, takpa sebelum keluar rumah kita minum dulu. kemudian menanti keretapi, 1st train lalu. full. 15 minit lagi tunggu. alhamdulillah boleh la selit selit. sampai kl central tukar train lagi, harap-harap anda faham. waktu waktu peak hour nak naik. ada yang suka. ada yang tak suka. itu terjadinya tak semua nak naik train. itu yang bagi perlu tukar train . mesti memakan masa yang lama. tapi kalau rumah yang dekat train. office nya depan train station juga ke? tak berpeluh ke dia berjalan lebih dari 15 minit? jadi di luar bandar. perjalanan 20km itu pejam mata jea 20 minit. tu belum tekan minyak habis tu. secara tidak langsung, kerajaan di situ membayar sara beban dan sara lebih masa pekerja pekerja di bandar dengan membayar wang untuk pergi ke kerja. balik kerja pun lebih kurang sama.

bagi yang membawa motorsikal di kl. boleh dikatakan bayar risiko kemalangan yang membawa padah akibat pemandu kenderaan bertayar empat atau lebih. Sebabkan pemandu kenderaan bertayar lebih dari dua mempunyai masalah kecenderungan kurang memandang sigh mirror dan para penungggang motorsikal terpaksa mencelah-celah di antara kesesakan jalan raya itu. kiranya di persoalkan mengapa perlu mencelah. maka tidak wujudlah orang pergi kerja menaiki motorsikal.

Kita ambil kesimpulan dari semua di atas. Pertikaian akan terjadi apabila kita kurang bersyukur dengan apa yang di beri. rezeki kita, kita ambil. rezeki orang tak perlulah mendengki.

Sekadar memberi pendapat, sekian.

Friday, April 29, 2011

Bual Blog :

Bual Blog :

BAck test rss for facebook in three. two, one. lets go

Berbual setelah otak menjadi mereng bermain link rss blog ke facebook dan semuanya bersoal MENGAPA?

Bual Blog :

Error, error, error. chis. mengapa payah sangat nak rss ni? mengapa rss tak boleh kalau buat pakai label? mengapa kena bayar pertahun? mengapa perlu jadi macam ni? mengapa aku perlu buat benda yang aku tak pernah buat ni? mengapa aku tak buat lagi? mengapa aku tak balik rumah lagi? mengapa aku penin tiba tiba ni? mengapa kau orang baca menatang ni? mengapa? mengapa? mengapa?

ah . . . di mana ada tujuan. di situ ada highway.
ah . . . balik rumah nanti mesti boleh buat punya.
ah . . . hahahahahaha. sebenarnya entry ni hanyalah untuk try an error lagi.

hahahaha. selamat pulang bekerja bagi pekerja pekerja yang bekerja selain membaca blog. sekian

test an error sebab nak buat uji kaji.

Bual Blog

Maaf. tadi test error lagi. biasala. nak try an eror pakai rss kat fesbuk pulak. mahai gak la regenye. ni sapa sapa yang ada idealogi yang ada aplication yang free free, habak mai la. mana tau kita boleh kongsi idea bersama. ni ha nak habak. namanya sosial rss tak pun rss social. setahun dalam 80 hinggit. list web hanya bley bagi lima. tapi aku pernah nampak. ada yang selalu gak posting blog blog kat web, camne geng geng blog nak bersatu buat rss ni? subscribe dekat wall post sendiri. aih. pening jugak nak fikir camne nak buat.

ini tgh susun camne nak letak. ape patut buat. try eror. tu pasaipa post sepah sepah sikit waktu ni. harap maklum. kepada writer selamat berposting. i love you all.

test an erorr lagi. hahahaha

Bual Blog :

test an erorr lagi. hahahaha

Aku yg tengah PMS

Bual Blog : oreohitam

aih. tiap tiap hari dok ada mood ka nak mengoogle cerita-certa lucah, bangbus, miyabi, dot 3gp, sabul, link biru dan seangkatan denganyaka? baby rina? macam macam.

haha. ya. padahal baru sekali masuk. hari tu. memang bley nampak sangat. kemas. simple dan tak semak otak. tah apa nama. orang cakap kalau pakai baju tidoq tu tada bunga-bunga. tinggal yang G, g jea.

hahaha. follow u, follow me. biasa la. depa dok cari traffiki. kadang-kadang pasaipa apa apa. bukan baca artikel pun. dok nak tamak kawan. hampa dok pikiaq. apa nate la mereka ni. dok blog hari hari. komen punya la ciput. kadakoit ka. dah tu suruh ikut. apa punya manusia.

Bual Ads

Bual Man

Bual Woman

x

PopUp Title

Code of the gadget you need

Get This